Isteriku 19 tahun

Isteriku 19 tahun

by

pnm-e-reader, , novel, malay-novel, 2014, malay-novels, pnm-ebook-wishlist, fav, malay-novels, Novels

Aku jaga kau, jaga sampai kau mampu jaga diri sendiri…

“Aku tak boleh kahwin dengan dia. Aku dengan Akif macam Tom and Jerry, macam Bush dengan Osama Laden, macam Israel dengan Palestin…” ZUYYIN
Jadi isteri pada usia 19 tahun? Zuyyin akan pastikan, ia tidaklah sesukar mana walaupun dia dijodohkan dengan lelaki yang menjadi musuhnya sejak kecil lagi. Semuanya gara-gara permintaan terakhir arwah atuk mereka berdua…
“Abang Akif jahat!” - ZUYYIN
“Ah, sudah! Aku bukan abang kau pun, abang kau dah mati!” – AKIF

Zuyyin yang zero tentang rumah tangga dan Akif yang berhati dingin dan sarkastik setiap masa akhirnya disatukan.
Berhadapan dengan abang kandung sendiri yang mencintai isterinya dalam diam kadang-kadang membuat hati Akif nanar. Lagi-lagi bila ibunya sendiri tidak pernah menerima Zuyyin sebagi menantu akibat dendam pada masa lalu.

“Sekali lagi Zuyyin menangis kerana Akif, aku tak akan teragak-agak membawa Zuyyin pergi.” Aiman.
“Sebab saya benci dia! Saya benci keturunan Islah! Saya benci dengan semua yang berkaitan dengan Islah” - Puan Maria, mama Akif dan Aiman.

Tapi bagi Akif, datanglah sejuta dugaan sekalipun dia akan teguh untuk berdiri mempertahankan Zuyyin. Dan bagi Zuyyin sendiri, sejuta dugaan itu hanyalah sebahagian daripada prosesnya untuk menjadi isteri yang lebih baik untuk Akif.

“Akif?”
“Hurm?”
“Kau pernah bercinta?”
“Tak pernah...”
“Cuma...”
“Cuma?”
“Aku rasa, aku nak bercinta... Sekarang...”

Orang selalu cakap, sayang dan benci itu cuma dipisahkan oleh satu garisan halus, sangat halus hingga kita tak sedar yang orang kita benci itulah sebenarnya orang yang paling kita sayang. Benarkah begitu?

Title:Isteriku 19 tahun
Edition Language:Malay
ISBN:9789670246642
Format Type:

    Isteriku 19 tahun Reviews

  • SS

    Masih dalam track membaca novel cinta ya gais. Well, thanks to PNMeReader. Dapat la baca novel ni. Isteriku 19 Tahun. Tajuk yg tang 19 tahun tu yg menarik perhatian sebenarnya. Dan dpt jangka, heroin ...

  • Wan  Farahana

    Review:Yeyen dan Kikif..hehe..dah gelak sorang-sorang saya bila baca gelaran manja macam tu..dalam kepala terbayang-bayang hamster duk berlari-lari gembira atas roda dalam sangkar mereka..hahaa..Pasan...

  • Nonie?serenity2bliss

    Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :) I like it, mainly kerana ia membuat N lupa tentang stress di pejabat! Ceritanya yang tak berat dita...

  • Hajar

    Akif dan Zuyyin tak pernah sangka mereka akan disatukan atas permintaan datuk mereka. Hubungan mereka tak pernah aman sedari awal. Lebih-lebih lagi Zuyyin ni memang jadi kebencian ibu Akif sedari dulu...

  • Rynna

    cerita yg sangat kebudak-budakan... tak kena dengan sy......

  • Intan  Musa

    Zuyyin adalah seorang gadis anak yatim piatu yang berumur 19 tahun. Dia dibesarkan oleh datuk dan neneknya di kampung. Bila neneknya meninggal dunia dan datuknya rasa umurnya sudah tidak lama lagi, di...

  • Zurianita Manab

    Saya suka cerita ni walau pada awalnya saya rasa mcm cerita terlalu biasa dan keremajaan sikit. Tapi endingnya bagus dan Akif yg matang sangat saya suka.Pada saya, penulis mmg berbakat dan saya suka b...

  • Haq Raihah

    2.5*baca-skip-baca-skip-dan begitulah seterusnya...faktor2 kenapa aku byk skip-jln cerita yg agak membosankan-tak x mood nk baca, tp paksakan diri utk baca sbb ni novel pinjam bkn aku punyaboleh lah h...

  • Naira2975

    Book #23 - 2014Sedikit seperti membaca buku cinta keremajaan but not to worry. Not membosankan langsung. Bahasa mudah, mudah dihadam. Cara penulisan pun tak boring membaca. CUMA, a bit annoyed with th...

  • Cikgu Izanorliza

    sebuah novel yg agak menarik..santai untuk dibaca..elemen kekeluargaan dan kasih sayang yg kuat...definisi cinta yg luas..kesedihan yg melanda zuyyin bertimpa timpa...hanya akif yg berupaya merawat da...